Wednesday, May 23

Runningman Part 1

Assalamualaikum dan Salam 1
   malaysia 

Hai korang.Kalau korang nak tau atie dah nak habis cuti dah ouh.Pejam celik pejam celik dah naik semester akhir.Haih cepat betul masa berlalu kan?Pejam celik pejam celik tetibe atie dah ada atas pelamin.Ewah.Eh tak tak.Tapi kalau nak doakan boleh.Tak salah.Amin.
Masa kat Perak tu kan kengkawan,Amboi komain memacam tau perancangan atie masa cuti.Biasalah kali ni atie rasa uitm bagi cuti lama sikit.So memacam dah fikir.Nak kerja kat Sakan lah,ambil lesen lah.Semangat nih.Sekali balik tetap macam ni.Duduk kat rumah mengadap laptop.Sampai lah laptop saya rosak.Yayyy.Semua bebarang nak rosak ouh.Sabar dalam hati tak macam taktau apa maksud sabar dah.Okay kejab kejab atie list eh apa yang rosak.ヽ(゜∇゜)ノ

1.Mp3
2.Gunting jahit (mahal ouh)
3.Blackberry
4.Laptop 
5.Headphone

Haa.Benda benda ni kalau boleh beli pakai kuku atau rambut gugur ni takpa jugak.Ini tidak,semua harga dia lagi tinggi dari harga diri ni.Haih.Laptop tu terus rosak terus kot.Sabar je lah ibu dengan bapak dapat anak perosak macam ni.Saya sebenarnya dapat rasa yang saya bawak 'sial' tapi nanti saya kena marah bila fikir cenggitu.So atie fikir positif,Maybe dalam badan atie banyak anai-anai.Sebab tu apa yang atie sentuh semua rosak.

Maksud awak anai-anai??

Start dah merepek dia.Okay berbalik pada tajuk.So cuti ni tak buat apa kan,atie pun tetiba dapat pengaruh runningman dari kengkawan kat uitm perak nun.Actlly cousin atie dah pernah bagitau pasal cerita ni,tapi masa tu atie tak berapa sangat.Atie taksub dengan WGM (we got married).So atie macam pandang serong sikit lah dekat runningman ni.¬_¬

                                           
                                                                 Don't walk.Run !!

Atie rasa ramai kot dah pernah tengok runningman ni,tapi still ada yang taktau.Ada jugek lah orang tanya atie kat twitter apa runningman ni.Atie taktau nak jawab apa.Susah nak explain.Nak aja atie jawab "Kau pergi baca kamus tengoklah runningman tu apa.Atau pun kau tanya Google Translate"Tapi yang sebetulnya atie explain,
"Runningman adalah sebuah rancangan hiburan untuk seisi keluarga.Untuk keterangan lebih lanjut cuba tanya runningmanmsia"
Sebetulnya runningman ni dia rancangan realiti tv.Macam WGM atau Family Outing,atau Hello Baby jugak.Biasalah korea memang banyak buat rancangan macam ni.Malaysia pun ada.Superspontan tu kan?Tapi malang.Atie ketawa sikit je tengok cerita tu.Taktau kenapa.Maybe betul dalam badan ni ada anai-anai.tsk.Tapi kalau tengok runningman ni sumpah sakit perut.Meloncat loncat ketawa dia.Excited bebenoo.Kalau boleh masuk dalam laptop tu dah masuk dah.

Bagi atie sapa yang taktau pasal runningman ni agak ketinggalan sikit kot.Maksud atie ketinggalan dari segi trend la.Ketinggalan dalam pelajaran tu masalah lain.Sebab apa?Sebab tengok lah ni.Runningman memang gila femes.Penuh Mall ni dengan fans diorang.Ni kat Hong Kong tau.






Ni ahli ahli runningman :

                                         

Dalam setiap episod diorang akan jemput artis korea untuk sertai diorang.Itu pun tambah keseronokan cerita ni.Semua dia panggil.Dengan pengarah pengarah join sekali.First atie tengok runningman ni pun sebab ada Nickhun dan Taecyon.

                                        

Okay gila kau taknak tengok?Masa ni episod 40.Episod ni kelakar gegila kot.Episod lenlain kelakar jugek.Tapi nanti kita cerita lain kali.Nak tau character apa paling kelakar,innocent,best?Kita jumpa entry yang akan datang !uiceh.       
                                                                       

p/s :Lagu ni setiap mula runningman ada lagu ni.Atie nak cari yang piano version takda pulak ( ・_・)ノ⌒●~*

Tuesday, May 1

Diploma Fashion Show 2012

Hai dan Salam 1..
1 apa?
   malaysia 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      
Berhabuk gila kan blog ni?Rasanya dah takda siapa yang singgah.Kalau singgah pun maybe nak dengar lagu je agaknya.Agaknya lah.Tengok lah last atie update bila tu.Habis semester 3 kan?Now atie dah habis semester 4 pun korang.Setiap satu semester 1 post.Ah cenggitu.(´・ω・`)


Okay atie nak cerita pasal Diploma Fashion Show 2012 yang berlangsung haritu.Bila?Haritu.So secara tak sengajanya post ini adalah "past tense".Fashion show kali ini dibuat dekat Uitm Sri Iskandar.Cantik tempat dia.Aman,damai,nyaman,sentosa.Semualah.Kan kan?

                                             
                                                         Tengok lah tu.Alahai cantiknya.●ᴥ●

Lalala.Nway,Atie dah cari gambar pemplet atau poster untuk diploma ni tapi tak jumpa.Sedey.So atie mula dengan video rasmi untuk diploma fashion show kali ini.Tengok ! Siapa tak tengok yang main scroll sampai kebawah siap lah dia ! Atie cakap betul ni ! Sebab apa korang kena tengok? Okay 3 sebab.

1.Video ni best gila.
2.Video ni best gilaa.
3.Video ni best gilaaa.
Puas?So play now.


Video ni krew yang buat jugek.Hebat kan?kalau nak tahu,fashion show kali ni ada 2 sesi.Petang dan malam.Sesi petang tu kan,kami ada designer termashur Malaysia tau.Siapa?
Salikin Sidek cuolls.Haa terkejut lettew.Tak?Hm.
Dan untuk sesi malamnya pula kami menjemput designer muda yang dari Uitm perak ini juga.Senior kami yang the vaa vom vom vom.Siapa?Siapa siapa??
Nah kauu Hatta Dolmat .Jelly tak?Jelly tak?Tak?Okay. ( ・_・)ノ


So ni masa krew krew Nous bertungkus lumus angkat bawak turun meja ke bawah.Wehh sakit pinggang weh.Ingat ringan ke?Krew krew dah lah badan model.*tidak termasuk saya* So kami bertungkus lumus lah siapkan semua ni.Susun meja kerusi.Gila penat time ni.Gilaa penat.( ゚д゚)


So,dalam pukul 2 macam tu,start lah fashion show sesi pertama.Tapi yang tu atie tak dapat curi gambar nya.Yang kat bawah ni semua sesi malam.So apa lagi.Layan.Apa yang baca lagi ni?Tengok gambar tu.Lah baca lagi?Okay okay.Sebelum tu,theme untuk kali ini adalah..adalah..hm atie lupa.Tapi ada kena mengena dengan..um..Malaysia dulu dulu.Kot.Aaaa lupa.

So let the show
Begin~



Sila play untuk mendapat kan mood pada malam itu.Eceh.
====================================================================



Oh buka pintu buka pintu~





                                                











Taknak kata apa lah.Tapi memang semuanya lawa lawa.Lawa lawa.
Dan handsome
Bajunya.
emoticon10

Para designer

Krew krew Kapal Nous Production

Credit gambar - Cik Bawie
Credit Lagu  - Fariq

p/s :Taktau lah kenapa gambar dia bersepah.Teruk betul.And yang tak tengok untuk diploma fashion show 2011.Click sini.Sini.Sini !!


Thats it.Bonjour.