Wednesday, May 23

Runningman Part 1

Assalamualaikum dan Salam 1
   malaysia 

Hai korang.Kalau korang nak tau atie dah nak habis cuti dah ouh.Pejam celik pejam celik dah naik semester akhir.Haih cepat betul masa berlalu kan?Pejam celik pejam celik tetibe atie dah ada atas pelamin.Ewah.Eh tak tak.Tapi kalau nak doakan boleh.Tak salah.Amin.
Masa kat Perak tu kan kengkawan,Amboi komain memacam tau perancangan atie masa cuti.Biasalah kali ni atie rasa uitm bagi cuti lama sikit.So memacam dah fikir.Nak kerja kat Sakan lah,ambil lesen lah.Semangat nih.Sekali balik tetap macam ni.Duduk kat rumah mengadap laptop.Sampai lah laptop saya rosak.Yayyy.Semua bebarang nak rosak ouh.Sabar dalam hati tak macam taktau apa maksud sabar dah.Okay kejab kejab atie list eh apa yang rosak.ヽ(゜∇゜)ノ

1.Mp3
2.Gunting jahit (mahal ouh)
3.Blackberry
4.Laptop 
5.Headphone

Haa.Benda benda ni kalau boleh beli pakai kuku atau rambut gugur ni takpa jugak.Ini tidak,semua harga dia lagi tinggi dari harga diri ni.Haih.Laptop tu terus rosak terus kot.Sabar je lah ibu dengan bapak dapat anak perosak macam ni.Saya sebenarnya dapat rasa yang saya bawak 'sial' tapi nanti saya kena marah bila fikir cenggitu.So atie fikir positif,Maybe dalam badan atie banyak anai-anai.Sebab tu apa yang atie sentuh semua rosak.

Maksud awak anai-anai??

Start dah merepek dia.Okay berbalik pada tajuk.So cuti ni tak buat apa kan,atie pun tetiba dapat pengaruh runningman dari kengkawan kat uitm perak nun.Actlly cousin atie dah pernah bagitau pasal cerita ni,tapi masa tu atie tak berapa sangat.Atie taksub dengan WGM (we got married).So atie macam pandang serong sikit lah dekat runningman ni.¬_¬

                                           
                                                                 Don't walk.Run !!

Atie rasa ramai kot dah pernah tengok runningman ni,tapi still ada yang taktau.Ada jugek lah orang tanya atie kat twitter apa runningman ni.Atie taktau nak jawab apa.Susah nak explain.Nak aja atie jawab "Kau pergi baca kamus tengoklah runningman tu apa.Atau pun kau tanya Google Translate"Tapi yang sebetulnya atie explain,
"Runningman adalah sebuah rancangan hiburan untuk seisi keluarga.Untuk keterangan lebih lanjut cuba tanya runningmanmsia"
Sebetulnya runningman ni dia rancangan realiti tv.Macam WGM atau Family Outing,atau Hello Baby jugak.Biasalah korea memang banyak buat rancangan macam ni.Malaysia pun ada.Superspontan tu kan?Tapi malang.Atie ketawa sikit je tengok cerita tu.Taktau kenapa.Maybe betul dalam badan ni ada anai-anai.tsk.Tapi kalau tengok runningman ni sumpah sakit perut.Meloncat loncat ketawa dia.Excited bebenoo.Kalau boleh masuk dalam laptop tu dah masuk dah.

Bagi atie sapa yang taktau pasal runningman ni agak ketinggalan sikit kot.Maksud atie ketinggalan dari segi trend la.Ketinggalan dalam pelajaran tu masalah lain.Sebab apa?Sebab tengok lah ni.Runningman memang gila femes.Penuh Mall ni dengan fans diorang.Ni kat Hong Kong tau.






Ni ahli ahli runningman :

                                         

Dalam setiap episod diorang akan jemput artis korea untuk sertai diorang.Itu pun tambah keseronokan cerita ni.Semua dia panggil.Dengan pengarah pengarah join sekali.First atie tengok runningman ni pun sebab ada Nickhun dan Taecyon.

                                        

Okay gila kau taknak tengok?Masa ni episod 40.Episod ni kelakar gegila kot.Episod lenlain kelakar jugek.Tapi nanti kita cerita lain kali.Nak tau character apa paling kelakar,innocent,best?Kita jumpa entry yang akan datang !uiceh.       
                                                                       

p/s :Lagu ni setiap mula runningman ada lagu ni.Atie nak cari yang piano version takda pulak ( ・_・)ノ⌒●~*

5 comments:

Qayyum Abdul Razak said...

hah

Zarip Ayman said...

haha lagu jong kook.. nice :)

jaya jr said...

haha,peminat running man jgk ni..

btw nice blog

iedz harm said...

Saya pon peminat Runningman.. :D

MéuzAngelo™ XXIII said...

running man aku suke tgk awek2 yg jadi guest je.. haha