Monday, January 7

106 Hari Tanpa Bibie

Assalamualaikum
malaysia

Bibie. I don't know wheres to start this actlly.*tarik nafas panjang*



Maghrib,Awal Mac 2010
Kedengaran di telinga beduk beduk telah berbunyi suara kitten yang entah dari mana.Sepantas kilat mencari.Rupanya depan rumah.Mengiau tak henti.Kelaparan dan sesat barangkali.Tak pernah menyangka that little kitten menjadi sebahagian dari keluarga.Sebab dari kecil atie tak pernah diberi kebenaran untuk membela kucing.Pernah membela tapi kucing tu akan dibuang jauh.*sigh*Jadi atie cuma mampu membelai dan memberi sedikit ayam.Dari lepas maghrib hingga ke tengah malam.Atie duduk depan pintu untuk bermain dengan kitten tu.Tibalah saat bapa pulang,bapak grab kitten dan terus bawa masuk rumah.Ibu tercengang .Yelah,takut berak merata semua kan.Then malam tu kita sedia kan kotak untuk dia.Dan kitten yang berwarna sedikit putih bersama orange cerah tidur di balkoni bersama kotaknya.Sejak hari itu,atie bagi nama dia Owen/Oyen.


Maybe masa tu atie agak umur Oyen dalam 2 3 bulan.Kecik sangat dan geram.Kelincahan dan kenakalan Oyen menarik perhatian semuaaa orang.Semua orang dalam rumah mula jatuh cinta.Nak nak lagi Oyen seekor kucing yang tetiba pandai berak dalam toilet.Entah mana dia belajar.Mungkin genetik.Tak pernah ada masalah Oyen berak diruang tamu atau kencing di tilam.Cuma pernah sekali dia tak tahan nak berak sangat,dia berlari laju meluru ke toilet.Tapi yang ditahan tidak kesampaian,dia terberak diluar toilet dan meneruskan hajat didalam toilet.Masa tu rasa macam kelakar gila.Nak pecah perut pun ada.Then sampai satu masa,nama Oyen atie tukarkan kepada Bibie.Atie tukar sebab time tu tengah gila drama tv3.Dialognya asyik ber 'bie bie'.So dengan kuasa veto ditangan,atie terus panggil that kitten 'Bibie'

2011

Kami semakin rapat dan memang terfaktab yang kami rapat.Bibie selalu kejut atie bangun pagi sebab dia lapar.Cara bibie kejut atie?Dia akan catwalk catwalk atas perut*fahamlah kat sini perut aku lebar* ,mengiau kuat kat telinga.Kalau atie buat dono jugak,dia akan gigit gigit jari kaki.Okay tempat sentitif.Bibie menang.So atie akan bangun dan bagi lah apa dia nak.Bibie kalau penat sangat,dia nak air fresh dari paip.
Kadang kadang dia minum jugak air dari bowl.Tapi atie tak suka dia minum dari situ.Sebab kengkadang adalah semut yang terapung berenang kat dalam tu.Takda tempat lain agaknya.Semakin Bibie besar semakin pandai.Dah takpayah nak kejut atie dari tidur untuk feed dia.Now dia dah boleh buka pintu sendiri.Atau mengiau sekuat nya bagi orang kat luar tolong dia.Dan permainan utama kami adalah main kejar kejar.Saban malam sampai dua dua penat.Sampai dua dua terkejut badak.Kalau malam main kejar kejar,petang kami main kat taman permainan.Bibie akan duduk berehat atas gelongsor tengok atie main buaian.Atau dia hidu hidu rumput.Atau tangkap cicak sama sama.Bibie ada masalah mata sikit kot,selalu tak nampak cicak.Jadi atie yang tolong tangkap cicak tu and letak cicak tu depan mata dia.Kalau dia nampak cicak,dia akan keluarkan bunyi yang macammna entah.Ibu tahu ajuk bunyi tu.Bila ibu ajuk bunyi tu,Bibie akan terus pandang ke arah siling.Mata melilau laju.Then kena ejek "padan muka Bibie kena tipuu jeee".
Pernah satu hari,Ibu panggil atie dengan paniknya sebab Bibie nampak macam tercekik tulang.Atie jadi panik sekali sebab Bibie nampak sakit.Bibie asyik kuis kuis tangan dia masuk dalam mulut sampai tangan dia jadi sakit sekali.Nak taknak dengan segala linangan air mata,atie terpaksa keluarkan tulang tu dan berazam atie taknak tengok Bibie sakit lagi.Since that,kami sekeluarga akan kopek kan atau suapkan terus ayam tu kat Bibie.

Bibie dah semakin besar.Semakin membesar menjadi anak dara yang sangat cantik, comel dan berkilauan.Semua jantan jantan kejar Bibie.Tapi Bibie tolak dgn garangnya kecuali dengan seekor kucing jantan kat Melaka.Time tu Bibie gatal merenyam sangat sangat.Sampai atie taknak kawan dengan dia dah time tu.Sanggup lompat keluar dari tingkat 2 untuk berjumpa jantan kira nya paling macho bagi dia.Seminggu lepas Bibie sanggup meloncat tu kami terus 'kasi'/ikat peranakan dia.Maaf Bibie.

Maaf.


2012
*tarik nafas panjang*

Masa berlalu dengan pantas.Like sangat pantas.Tapi Bibie tak besar besar pun.Kecil molek aje tetap.Setiap kali kat Uitm,atie akan berwebcam dengan Bibie dan ibu.Takpun time call ibu buat loudspeaker untuk mengubat rindu.Rindu.Tersangatlah rindu sebab dengan bibie jelah atie banyak berborak membebel macam macam.Lagi lagi pasal mimpi sebab atie selalu mimpi yang merepek gaban.Tahap advanture sampai berepisod episod.Jadi bibie jelah yang mampu dengar atie membebel pasal tu.Atau kami main main bawah selimut(khemah katanya).And tempat mengadu atie pasal masalah hati.Hug sama sama.Biasalah,girls talk.

Time cerita kalau Bibie taknak dengar sangat,atie akan hold kepala dia.Paksa dia dengar jugak.Atau atie cerita kat dia time dia tidur.Then nanti telinga dia gerak gerak senget.Atie geram sangat kat telinga dia.Kat semualah anggota badan dia.Kadang kadang atie akan dengar degupan jantung dia,kiss bibir dia,letak muka gedabak ni atas perut dia,gigit tangan atau kunyah kunyah misai dia.Geram sangat.Like sangat sangat.
Atie suka ejek Bibie dengan boyfriend dia yang kat Melaka tu,and dia jadi marah sangat.Lagi atie tinggikan suara,lagi tinggi suara dia naik.Sampai dia naik tangan kat muka atie.Sebegitu lah punya dia marah.Huh.

Raya 2012

Tak sabar nak jumpa Bibie membuak buak.Atie sempat belikan Bibie bag.Comel sangat bag tu.Atie memang berkenan dengan bag tu sejak atie masuk ke kedai pet kat Ipoh tu.So before raya,atie tekad belikan dia bag.Sebelum ni Bibie masuk bakul aje.
Bibie macam happy jugak bila dapat bag tu.Warna favourite kann?Baby pink and baby blue nyunyu.Malam tu memang gomol Bibie habisan.Sampailah raya.Kami ambil gambar keluarga sama sama.Dengan bibie sekali.Takda yang lagi gembira dari ini.
Menyesal tak pernah buatkan bibie baju kurung.Maaf.

Dalam kereta 24/7 jam dengan atie.Semua orang takboleh pegang Bibie.Atie sorang je boleh.Atie SEORANG.

21/9/2012,Pagi.
Hati rasa tak tenteram.Rasa semacam.Banyak kali on call dengan ibu tapi tak dapat dapat dengar suara Bibie.Tengah tidur lah,keluar lah apa lah.Sampai lah pagi tu atie baru buka facebook.(sebab atie jarang on).Ibu post kata yang Bibie hilang.Hati dah memang dah sedap,campur dengan rindu,tambah pulak dapat berita kata Bibie hilang.
Tak sampai beberapa jam ibu post gambar Bibie.Dah jumpa.Tapi seems macam sakit.Sakit yang dalam gambar,sakit lagi hati disini yang tak tergambar.



Dengan final year,hati meruntun suruh balik Johor.Tapi memikirkan assignment yang berlambak dan pointer yang dikejar,niat hati dipadamkan.Dengan harapan Bibie dapat bertahan.Sikit lagi untuk atie balik ke sana dan dapat jaga dia.

25/9/2012 Petang.
Tak duduk diam.Hati berdebar laju kemain.Something tak kena.Call ibu tapi tak angkat angkat.Then dalam pukul 5pm lebih ibu call.Dalam studio takda line sangat,jadi atie cari line kat luar.Ibu kata Bibie dah takda.And atie tak percaya.Atie ingat ibu buat prank.Rupanya beberapa jam yang hati tak sedap tu sebab time tulah Bibie pergi.Keracunan.Dan begitulah mimpi ngeri menjadi nyata.Tak dapat nak cakap apa apa.Terus off call dan.Entah.Shazmin bawak atie masuk studio dan suruh duduk.Elak pengsan sebab muka dah merah teruk.Katanya.
Kawan atie dari kelas lain sorang demi sorang datang tenang kan atie.Pieja,tasha,watiqah.Hug.Appreciate sangat and terkejut macam mana diorang boleh tahu berita ni.
Shazmin tak kasi tengok gambar ni.Tapi biasalah,budak degil ni takda siapa dapat halang.Poor my little bibie.Maaf.Semua salah atie.Kalau atie jaga Bibie elok elok mesti kita dapat tua sama sama.Salah atie tak dapat jenguk Bibie masa sakit.Mungkin ada hikmah Bibie pergi time atie sebelum atie balik sana.Atie taktau apa jadi kalau Bibie pergi depan mata atie.Mungkin.


Orang kata,masa akan menyelesaikan segalanya.Tapi atie rasa pepatah tu takboleh pakai.Takda benda yang selesai.Memang orang akan kata,kucing je kot.Tapi macam hilang anak.And bla bla.Mulut orang macam ni memang takkan dapat tutup kecuali kalau dia berada di situasi yang sama.
Orang kata kalau benda yang kita sayang pergi,ada hikmahnya. Have a faith on Him.
La Tahzan :')

1 comment:

nadya nordin said...

I just cried. Even tak rapat dengan Bibie, tapi sangat sedih and rasa kehilangan dia.

Allah loves her.