Monday, January 20

Hipster versus Hippie and Street Fashion

Assalamualaikum and hola guys!

Kalau kita tengok kat Malaysia ni dah ramai awek awek cun yang berani tampil dengan gaya diorang yang tersendiri! Tengok jela kat Pavilion tu, kat KLCC, Bukit Bintang, rata rata fashion yang 'menjadi' ni ada kat area KL, Selangor lah kan. Kat area lain tu mungkin ada, tapi tak banyak. Tak banyak. Yang ala ala hipster mungkin ada. Mungkin. 

Wait. Apa beza hipster dengan street fashion? Ah hippies tu macam mana pulak?
Ramai yang confious dengan dua tiga sytle ni. Ramai malaysian ni berebut nak jadi hipster tak kira yang bertudung atau freehair, lelaki ke perempuan. Which is aku pun taktau kenapa. Ah ikut trend ahha trend. Aku bukannya nak jadi fashion police ke apa, cuma kat sini aku nak share pasal perbedaan antara fashion hispter  dan street fashion.

HIPSTER & HIPPIE

Hipster yang aku rasa trend paling 'in' tahun lepas dengan pembawakan Wak Doyok sebagai label ni sebenarnya bermula lama dah. Sejak tahun 60's lagi tapi tak famous sampai lah era 90's. Apa yang dimaksud kan dengan hipster zaman ni sangat lah tak sama dengan hipster sekarang. Hipster ni kira fashion reborn kerana maksud atau term hispter itu sendiri berubah dari zaman ke zaman.

Kalau korang nak tau, hipster dan hippies ni sebenarnya subculture yang dimana org org dia ni selekeh, tak cukur jambang, rambung panjang serabai, like messy muchhh, yang minat lagu indie dan yeah. Busuk lah busuk. Macam homeless sikit sikit. Tak percaya?
Perbezaan hipster dan homeless. Spot the diff.
Hipster yang dimaksudkan dengan remaja sekarang adalah bermula dari era era zaman The Beatles dan John Lennon salah satu antara mereka yang legend didalam kategori ini.
I wanna hold your hand~

Revolusi hipster ni kian bercambah terus bercambah menjadi kan hipster ni terus masuk ke dalam dunia fashion dan hiburan. Macam aku cakap tadi, everyone of us ada opinion dia yang tersendiri. Macam mana dia labelkan orang tu hipster, so on. Tapi sebelum jom kita bagi clear apa itu fashion hippies.

Hippies ; guitar,headband,bellbottom,laid
Beard, nah ah ah
Ramai Meleis campur adukkan hippies dengan hipster. Hippies dan hipster seakan sama walhal diorang ni adalah dua fashion yang berbeda sama sekali. Hippies ni serabai jugak, berjambang, fashion diorang seakan akan nampak 'miskin', "weed itu cool", tie dye, mix and match apa apa yang boleh digabungkan. Hippies yang paling mudah untuk korang gambarkan adalah cartoon Scooby Scooby Doo. And yeah ladies and gentleman, this is HIPPIES.



Hippies ni nampak cool than hipster. Diorang lagi santai, tak casual sangat, feminism sikit, unik pun ada sikit. Cool what?
Ni antara logo/band/ famous untuk diorang. Kira ni 'lambang' diorang lah.
Orait. Next, hipster. Hipster style ni lebih kepada skinny jeans, darker cloth, misai, bandana, tattoo, spec besar ala ala nerd, scarf yang lilit lilit kat leher, loose top, tshirt atau blouse vintage yang jumpa kat bundle, Converse & Vans & All Star, boots, Starbucks, Polaroid camera, round and triangle shape, universe, iPhone user, unicorn, flower headband, gambar kaki silang, gambar baring naked dengan boyfriend, adik adik yang mengaku diri dia Believers, yeah, what else? Ahha yang guna gambar serigala, kancil lah rusa lah ,segala jenis binatang jadi muka tu, ahha. Hipster much yeh? 

Jenicide
🔅
*O*

SwaaaagFollow me on twitter @manu77302862
OutfitHipster fashion
.💕

 
A
Kristen Steward antara selebriti yang menjadi icon hipster
Ramai sangat yang nak jadi hipster tapi macam jadi style lain. Tapi takpa, usaha ada kira ok lah tu kan? Tapi mohon kalau betul lah awak nak jadi hipster, google image lah sikit. Bukannya susah sangat nak jadi tiru gaya hipster ni. Murah pun murah. Style pun style. Cuma itulah. Berpada bada dalam berpakaian. Lagi lagi kalau nak jadi hipster, simple simple jeee dah ok. Kalau nak senang lagi kumpul duit beli iphone which is so lol. So, semua orang boleh jadi hipster. Dont put so much effort lah dey. Asal unik, boleh kira hipster dah.

So harap nya korang dah clear mana satu hipster, mana satu hippies. Ah street fashion kita sambung untuk next entry. 

Bye!


1 comment:

nadya nordin said...

aku suka gila style macam dalam gambar gambar di atas