Wednesday, October 21

Cerita Teladan; Kisah cerpelai dengan Pertapa

Hi adik-adik. Pernah dengar tak kisah cerpelai yang jaga baby seorang pertapa? Tak pernah? Meh sini akak nak cerita. Duduk elok-elok ya.


Tersebutlah kisah,
Pada zaman dahulu kala,terdapatlah seorang pertapa yang alim dan isterinya.Mereka tinggal di negeri Jurjan yang penuh dengan kedamaian.Keduanya telah lama berkahwin,tetapi masih belum dianugerahi seorang anak. Walaupun demikian,mereka tidak berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk dikurniakan cahaya mata.
Suatu hari,terkabullah doa mereka. Akhirnya isteri kepada pertapa tersebut hamil. Betapa gembiranya hati mereka saat itu mengingat selama ini mereka hanya mengidam-idamkan seorang anak,kini sudah menjadi kenyataan.
Setiap hari,si pertapa selalu berdoa kepada Tuhan supaya anak di kandungan isterinya itu seorang lelaki.Si alim terus berkhayal doanya di kabulkan Tuhan,dan di kurnia anak lelaki seperti yang diharapkan nya.Apabila ia telah lahir,si pertapa akan memberi nama yang sebaik-baiknya,dan ia pilih guru-guru yang pandai untuk mengajarkan anaknya.Melihat sang suami terus berkhayal,si isteri lalu mengingatkan suaminya yang berbunyi;
"Jangan berkhayal dengan benda yang belum jadi kenyataan.."
Setelah cukup hitungan bulan,maka datanglah hari dimana isteri orang alim tersebut untuk bersalin.Berkat pertolongan Tuhan,lahirlah seorang bayi lelaki dengan selamat tanpa ada satu cacat cela pun.
Selang beberapa waktu setelah kejadian tersebut,isteri pertapa itu nak mandi kat sungai. Nak mandi sungai takkan nak bawak baby pulak kan? Jadi si isteri tinggalkan bayinya kat rumah atas jagaan suami. Tetapi sesaat setelah isteri orang alim tersebut pergi ke sungai,datanglah seorang pesuruh raja untuk menyampaikan titah menyuruh si pertapa datang mengadap.Oleh karena tidak ada seorang pun di rumah,si pertapa lalu memanggil seekor cerpelai peliharaannya sejak kecil untuk menjaga anaknya. Kasih sayangnya terhadap cerpelai,tidak ada bedanya seperti anaknya sendiri.
Tinggallah sang cerpelai dengan bayi lelaki tuannya. Tiba-tiba..seorang ular yang entah dari mana datang nak makan bayi lelaki yang sedang tidur di buaian. Cerpelai dengan penuh berani menerkam ular tersebut, walaupun saiz ular tu dua kali ganda lagi besar dari badannya sendiri.
Ketika pulang dari istana,si pertapa di sambut oleh cerpelai di pintu depan dengan mulut yang penuh dengan darah ular.Karena terkejut, si pertapa berfikir bahawa cerpelai telah membunuh anaknya.Tanpa pikir panjang lagi,pertapa terus mengambil sepotong kayu besar dan langsung memukul cerpelai yang tak berdosa tersebut.Akhirnya matilah sang cerpelai.
Pada saat si pertapa masuk ke dalam rumah,dia nampak anaknya masih tertidur lelap diatas buai. Sedangkan dibawah buaian,terdapat bangkai seekor ular yang tersiat-siat.
Sedarlah si pertapa akan apa yang terjadi.Ia menyesal telah membunuh cerpelai yang selama ini selalu bersamanya. Dari dia kecil hingga besar. Padahal cerpelai telah dengan sabar dan senang hati menjaga anaknya.Si pertapa memukul-mukul badannya,menyesal dengan tindakan bodohnya. Melihat tingkah suaminya,si isteri yang baru kembali dari sungai menanyakan apa yang sebenarnya terjadi. Selepas bercerita, isterinya dengan bijak mengatakan bahawa,
"Penyesalan bukanlah pengakhir dari segalanya. Lain kali panjang terlebih dahulu sebelum melakukan suatu perbuatan dan memastikan apa yang sebenarnya terjadi."

No comments: