Friday, October 30

Barang yang tidak patut dibeli dari DAISO

Lambakkan kedai RM5 yang menjual pelbagai barang harian tumbuh bagai cendawan selepas hujan di serata Malaysia.
Kebanyakannya barangan yang dijual dengan harga berpatutan ini datangnya dari Jepun malah ada juga dari China.
Namun perlu diingatkan bahawa sesetengah barangan tidak digalakkan untuk dibeli ekoran kualiti dan nilai yang tak berbaloi setanding harga.
Adakalanya barangan tersebut murah namun tidak berkualiti, ada juga kerana nilainya tak setanding harga.
Berikut berdasarkan artikel yang digarap di portal Mylaunchpad, di bawah adalah 5 barang yang tidak digalakkan untuk dibeli di kedai RM5:
1.Peralatan Memasak
daiso
Sebahagian dari peralatan memasak ini diperbuat dari plastik biasa. Meskipun label menyatakan ia diperbuat dari silikon tahan panas tetapi apabila menggunakannya, ia cair atau terbakar. Bahaya jika toksin masuk ke dalam makanan.
2.Alat Tulis
daiso1
Alat tulis dijual dengan harga promosi dan murah iaitu RM5 namun dalam bungkusan yakni kuantiti yang banyak. Jika membeli secara berasingan di kedai biasa, harganya lebih murah malah menjimatkan dan tidak membazir.
3.Kertas Pembalut
daiso2
Mahal bukan? Meskipun dijual 2 atau 3 gulung dengan harga RM5, kertas pembalut sebenarnya tidaklah semahal itu. Kertas pembalut ada dijual semurah RM1 sekeping di kedai alat tulis biasa.
4.Air Tin / Berkarbonat
daiso3
Anda akan membayar untuk hiasan animasi sahaja. Kebiasaannya seleksi air ini datangnya dari Jepun maka dihiasi dengan animasi kartun yang popular di sana. Rasanya lebih kurang atau sama sahaja dengan produk yang dipasar di Malaysia.
5.Krim Solekan
daiso4
Jika anda fasih dan boleh membaca romaji Jepun, silakan membeli. Bahan yang terkandung dalam krim tersebut sememangnya tidak diketahui. Berkemungkinan mempunyai kadar toksik yang tinggi atau tidak sesuai untuk kulit orang Malaysia.
Walaupun begitu, bukan semua barang tidak sesuai dibeli di kedai RM5. Ada bermacam barangan lain yang berbaloi dibeli dengan harga semurah itu. Sarungkan idelogi ‘alah membeli menang memakai’ seketika melangkah masuk ke kedai berpatutan ini.

sumber; http://www.tv14.my/2015/01/20/5-barang-tak-digalakkan-beli-di-kedai-rm5/

Monday, October 26

Wanita Syurga

Assalamualaikum dan hai hai hai. Petang ni kita nak cepat balik. Tapi tadi sempat terbaca satu blog ni, mengenai wanita wanita yang dijanjikan syurga. Sedih sangat baca. Tak terbanding taraf diri bila baca satu persatu sejarah kisah mereka. Muhasabah diri. So kalau awak awak nak cepat, and nak baca secara sekilas, silakan ya :)


"Sejarah hidup para wanita solehah dalam Islam sudah tercatat dalam Al Quran dan Hadis, marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup mereka agar kita termasuk dalam golongan penyumbang perjuangan Islam.

Siti Hajar duduk setahun dua tahun di padang pasir, di tinggalkan suami, suami datang sesekali, kemudian namanya dicipta untuk al-Quran sepanjang zaman.Tidak mungkin kita tidak mahu seperti cerita Siti Hajar ini. Tidak mahukah kita dengan apa yang dikatakan di dalam al Quran? Apakah kita masih mahukan suami kita ada bersama tiap-tiap hari dengan kita. Tidak sanggup kalau suami kita setahun sekali baru datang. Siti Hajar sanggup menciptakan keajaiban, menjadi wanita yang ditinggalkan oleh suami hanya berjumpa setahun sekali. Tetapi ditangannyalah keluar air zam-zam, dialah menghidupkan bandar Kaa’bah Makatulmukarromah. Mukjizat kepimpinan dan didikan dari suaminya iaitu Nabi Ibrahim.

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan iman dan Islam dalam dirinya.

Ramai yang tidak mengetahui sejarah seorang wanita bernama Mutiah yang tinggi taatnya kepada suami tercinta. Acapkali menyediakan tongkat,air dan berhias diri demi untuk suami dan menunggu suaminya pulang dari berjihad tanpa sekelumit rasa bosan dan patah semangat. Menjaga kehormatan diri dan maruah keluarga dengan seteguhnya. Dialah wanita yang akan memimpin dan memegang tali kenderaan tunggangan Fatimah az-Zahra ketika masuk ke syurga.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH  dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia semenjak buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah r.a.h? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah SAW begitu hebat, hinggakan Rasulullah SAW berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah SAW yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah SAW sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka Islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada Allah SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Sayidina Abu Bakar RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerana aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”

source; http://cahayapermata2u.blogspot.com

Sebenarnya ramai lagi wanita yang tinggi nilainya seperti Sumaiyah, Rabiatul Adawiyah etc. Kalau sempat kita sembang lagi. 

p/s; lately ni suka sangat baca kisah sirah malaikat, nabi dan rasul, sahabat dan lagi-lagi isteri mereka. Kan best kalau dapat satu kompilasi buku sirah terus ;p

Thursday, October 22

Surat Cinta tertua Di Dunia



Surat cinta ini bukan surat biasa yang biasa kita tengok. Yang enko sibuk sibuk letak bedak bagai tu bukan eh bukan.

Surat cinta ini adalah peninggalan purba yang berjaya ditemui di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq pada abad ke-18. Surat cinta yang dipahat diatas sekeping tanah liat dipanggil tablet itu merupakan sebuah puisi romantis yang ditulis khas untuk suaminya kira-kira 2200 SM yang lalu.

Pada awalnya, artifak sekecil telapak tangan orang dewasa ini tidak dapat diterjemahkan kerana tiada seorang pun yang memahami bahasa kuno tersebut. Sehinggalah pada tahun 1951, seorang professor arkeologi yang bernama Samuel Noah Kramer memutuskan untuk mentafsirkan dengan lebih lanjut kandungan seakan teks dari zaman Mesopotamia itu dengan lebih mendalam.

Menurut terjemahan penuh yang dilaporkan di dalam karyanya yang berjudul History Begins, ia menyatakan bahawa tablet itu menceritakan sesuatu tentang cinta yang abadi, kegembiraan pengantin perempuan terhadap seorang raja yang bernama Shu-Sin. Mengikut sejarah,  Raja Shu-Sin telah memerintah sebuah wilayah di Sumeria kira-kira empat ribu tahun yang lalu.

Menariknya, puisi cinta ini bukan hanya sebuah puisi namun ia sebahagian daripada upacara suci yang dilakukan setiap tahun. Upacara keramaian yang dikenali sebagai “perkahwinan suci” ini adalah simbolik bagi raja yang akan berkahwin dengan seorang dewi yang bernama Inanna, untuk memastikan kedamaian di wilayahnya dan kesuburan peranakan keturunan diraja yang memerintah.

Istiadat diraja ini dirayakan pada Sambutan Tahun Baru, dimeriahkan dengan jamuan makanan yang gah, muzik berserta lagu dan tarian. Menurutnya, puisi yang terukir di tablet itu kemungkinan adalah sebahagian daripada upacara perayaan ini, dimana pengantin perempuan akan membacakannya di hadapan suaminya, yang berbunyi:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.


Itulah antara bait-bait ayat yang diberi kepada suaminya. Menurut orang tempatan, puisi istimewa ini juga berkait rapat dengan keghairahan malam pengantin mereka. Tidak pasti siapa yang mengukir untuk dewi Inanna. Puisi ini juga dinamakan sebagai “Lagu Cinta buat Shu-Sin”. Curlass.

Seorang sarjana yang mahir didalam tafsiran kuno, bernama Jeremy Black, turut memberikan maksud yang seakan sama. Menurut Jeremy, Shu-Sin adalah seorang raja di Kota Ur pada sekitar 1972 SM. Beliau merupakan anak lelaki yang paling bongsu kepada Raja Shulgi, iaitu raja yang ketiga semasa Dinasti Ur.  
Muazzez Hilmiye Cig, seorang ahli prasejarah yang pernah bekerja bersama Professor Kramer pula menjelaskan bahawa penduduk pada dinasti Sumeria percaya bahawa kasih sayang dan kesuburan yang bercampur antara dewi dan raja adalah salah satu cara untuk memastikan kesuburan tanaman mereka.
Hmm, agak-agak boleh percaya ke?

Wednesday, October 21

Cerita Teladan; Kisah cerpelai dengan Pertapa

Hi adik-adik. Pernah dengar tak kisah cerpelai yang jaga baby seorang pertapa? Tak pernah? Meh sini akak nak cerita. Duduk elok-elok ya.


Tersebutlah kisah,
Pada zaman dahulu kala,terdapatlah seorang pertapa yang alim dan isterinya.Mereka tinggal di negeri Jurjan yang penuh dengan kedamaian.Keduanya telah lama berkahwin,tetapi masih belum dianugerahi seorang anak. Walaupun demikian,mereka tidak berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk dikurniakan cahaya mata.
Suatu hari,terkabullah doa mereka. Akhirnya isteri kepada pertapa tersebut hamil. Betapa gembiranya hati mereka saat itu mengingat selama ini mereka hanya mengidam-idamkan seorang anak,kini sudah menjadi kenyataan.
Setiap hari,si pertapa selalu berdoa kepada Tuhan supaya anak di kandungan isterinya itu seorang lelaki.Si alim terus berkhayal doanya di kabulkan Tuhan,dan di kurnia anak lelaki seperti yang diharapkan nya.Apabila ia telah lahir,si pertapa akan memberi nama yang sebaik-baiknya,dan ia pilih guru-guru yang pandai untuk mengajarkan anaknya.Melihat sang suami terus berkhayal,si isteri lalu mengingatkan suaminya yang berbunyi;
"Jangan berkhayal dengan benda yang belum jadi kenyataan.."
Setelah cukup hitungan bulan,maka datanglah hari dimana isteri orang alim tersebut untuk bersalin.Berkat pertolongan Tuhan,lahirlah seorang bayi lelaki dengan selamat tanpa ada satu cacat cela pun.
Selang beberapa waktu setelah kejadian tersebut,isteri pertapa itu nak mandi kat sungai. Nak mandi sungai takkan nak bawak baby pulak kan? Jadi si isteri tinggalkan bayinya kat rumah atas jagaan suami. Tetapi sesaat setelah isteri orang alim tersebut pergi ke sungai,datanglah seorang pesuruh raja untuk menyampaikan titah menyuruh si pertapa datang mengadap.Oleh karena tidak ada seorang pun di rumah,si pertapa lalu memanggil seekor cerpelai peliharaannya sejak kecil untuk menjaga anaknya. Kasih sayangnya terhadap cerpelai,tidak ada bedanya seperti anaknya sendiri.
Tinggallah sang cerpelai dengan bayi lelaki tuannya. Tiba-tiba..seorang ular yang entah dari mana datang nak makan bayi lelaki yang sedang tidur di buaian. Cerpelai dengan penuh berani menerkam ular tersebut, walaupun saiz ular tu dua kali ganda lagi besar dari badannya sendiri.
Ketika pulang dari istana,si pertapa di sambut oleh cerpelai di pintu depan dengan mulut yang penuh dengan darah ular.Karena terkejut, si pertapa berfikir bahawa cerpelai telah membunuh anaknya.Tanpa pikir panjang lagi,pertapa terus mengambil sepotong kayu besar dan langsung memukul cerpelai yang tak berdosa tersebut.Akhirnya matilah sang cerpelai.
Pada saat si pertapa masuk ke dalam rumah,dia nampak anaknya masih tertidur lelap diatas buai. Sedangkan dibawah buaian,terdapat bangkai seekor ular yang tersiat-siat.
Sedarlah si pertapa akan apa yang terjadi.Ia menyesal telah membunuh cerpelai yang selama ini selalu bersamanya. Dari dia kecil hingga besar. Padahal cerpelai telah dengan sabar dan senang hati menjaga anaknya.Si pertapa memukul-mukul badannya,menyesal dengan tindakan bodohnya. Melihat tingkah suaminya,si isteri yang baru kembali dari sungai menanyakan apa yang sebenarnya terjadi. Selepas bercerita, isterinya dengan bijak mengatakan bahawa,
"Penyesalan bukanlah pengakhir dari segalanya. Lain kali panjang terlebih dahulu sebelum melakukan suatu perbuatan dan memastikan apa yang sebenarnya terjadi."

Monday, October 19

Stressnya badan gemuk! Mana tips kurus?!

Hello gais dan assalamualaikum,

"Hmm gemuk ke kau masalahnya?" 

Ok sebenarnya tu bukan masalah yang utama. Masalahnya sekarang ni bila badan gemuk atau badan berisi memang kita rasa stress rasa macam nak makan banyak-banyak bagi lega. Nampak tak sekarang ni punca dia semuanya dekat makanan? Kesian kan jadi orang gemuk kena pantang itu ini. Lelagi sekarang tips nak kurus memang banyak. Dengan diet atkins la, diet itu la ini la. Nak ikut ke diet tu? Ikutlah sikit, lepas seminggu tu, haremm. Tapi sekarang memang serious semua orang nak badan kurus cantik kan? Tips paling popular yang kengkawan kasi mestilah,

1.
"Kau jangan makan nasi, roti. Confirm kurus."

Tips yang ni aku tak dapat nak sangkal sebab tips ni memang berkesan even kat aku sendiri. Time tu zaman diploma kot. Adalah dapat sebulan tak makan nasi. Kuranglah berat badan tu dalam 7 8kg sebab aku memang ikat perut time final year tu. Makan sekali sehari je. Aku pun taktahu macam mana aku mampu. So jangan tanya k kah kah. Tapi sekarang ni nak pantang nasi punyalah payah nauzubillah. Nampak je keli masak lemak emphhh menanglah nafsu. Harapan lah nak kurus ye?

2.
 
"Minum banyak air."

Air as in air kosong a.k.a mineral ye adik-adik. Kau jangan banyak minum air manis ke air bergas ke kang gemuk satu hal penyakit satu hal. Aku pernah terdengar, kalau nak kurus cepat, minum air banyak-banyak kasi macam perut kembung sebab kalau berat 60+kg gitu, air yang kena minum dalam 3liter sehari. Aku macam terdiam kejap sebab aku jenis susah sangat nak minum air. Nak habiskan air mineral 1ml pun dah boleh terduduk dah. Kadang-kadang sampai aku tak ingat pun satu hari tu aku dah minum air ke tak. Blergh. Tapi sekarang tengah try jugaklah atleast 1liter sehari. Tapi tu pun tak habis. Tak sedap sangat :(

3.
"Makanan bergoreng? Maggi? Fast food? HELL NO!"

Tips ni paling sedih. Terutamanya untuk student macam aku ni. Gila ke pantang maggi? Maggi ni umpama makanan ruji kot bagi student student yang busy cewahh. Takdalah terus tak makan tapi kalau boleh kita kurangkanlah. Selain untuk kurus, buat untuk kesihatan sama ye tak? Tapi mee sedap tu sedap betul kan? Sigh.

So kat atas ni tips tips yang paling famous lah selain kau nak diet guna amalan diet atkins, medeterian diet atau diet Kevin zahri sekalipun. Tak kisahlah mana-mana. Yang penting, bersenam. Yang mana kita susah sangat nak buat sebab tak banyak masa. (alasan lagi.) Tapi sekarang ni aku tengah try nak kurus jugak. Tengoklah menjadi ke tidak aku pun tak berapa nak pasti. Apa apa nanti aku hapdate kat engkorang yek?

Adios fellas!

Friday, October 16

Petua Merahkan bibir

Olla dan assalamualaikum!
Pernah tak rasa cemburu dengan bibir kawan-kawang engkorang yang macam alahai cantiknya pink jee macam ni


Why la bibir kita hitam hitam sikit ni walhal tak merokok pun? alkohol? Mintak simpang! Ok girl sini I beritahu sebenarnya bibir kita hitam bukan atas sebab merokok, kopi, tea dan alkohol semata ye. Ada banyak sebab jugak contohnya pakai gincu/lip balm yang tak sesuai dengan bibir kita, atau pun lepas tonyoh gincu tu bila balik kita tak lap betul betul bagi habis. Lagi satu yang suka jilat jilat bibir tu. Haaa tu semua punca tu punca! Tapi nak buat macam mana kan benda dah jadi so kena cari solution jugak ye tak? Meh kita discuss solution apa yang thorbaik sekarang ni.

1. Ubat gigi



"Sapu ubat gigi kat bibir dalam 3 minit then bilas. "

Well, siapa je yang tak pernah buat kan? Alah mengaku jelah. Ok aku mengaku aku pun pernah buat 'petua' ni. Aku tak sure la time tu aku tingkatan berapa, tapi aku amalkan petua ni setiap kali sebelum pergi sekolah. Memula ok je la kan. Merah segar bugar. Tapi ada satu malam tu aku sapu ubat gigi kasi lama sikit dalam 2 3 jam gituh. Effect dia jangan tanya lah. Merekah teruk dah macam Pulau Langkawi time terkontang dulu je. So lepas tu aku tobat tak buat dah. Kah kah.

2. Madu


"Sapu madu kat bibir tetiap malam sebelum tidur"
Madu ni sangat cliche dalam petua kecantikan kan? semua kena letak madu tak kisahlah kat muka ke, putihkan lengan ke, campur dengan air detox ke, eh semualah. Sebab apa? Ketahuilah anda bahawa madu ni semestinya memang banyak khasiat dia. Tapi madu yang ori lah. Madu yang awak beli kat supermarket tu buat tambah penyakit je. 

3.  Kunyit Muda


Ok yang ni aku tak pernah try lagi. Entahlah maybe sebab takut bibir jadi warna kuning pulak hm panic attack! Tapi kalau korang nak try: Campurkan 1 sendok susu pada serbuk kunyit. Gaul kedua bahan hingga tercampur merata, sapukan kedua bahan pada bibir dan diamkan mengering baru anda, bersihkan.


4. Pakai jelah lipstick


Susah sangat kalau rasa macam eih payah malas malas tu, kita pakai aje lipstick color nude tu acah acah natural. Kisah apa kan? Lagi lagi sekarang ada trick pemakaian lipstick yang memang nampak natural beauty ala ala korea tu. Hah. Ikut jelah step kat bawah ni.


Yang penting awak kena ada concealer untuk putih kan bibir step pertama tu ok? Beli lah di Guardian yang berdekatan. Dah dapat hasil nanti beritahu aku ok?

Bye folks! 

Thursday, July 10

Chicken Honey honey Easy On Me (Pemanggang Ajaib)

Assalamualaikum dan salam ramadhon yang ke-11. ke 12? 11.

Sempena bulan ramadhon yang penuh keberkhaton ni, aku nak share sikit lah juadah berbuka aku semalam. Tak share banyak, sikit je.
Aku taktau kenapa lately aku suka makan ayam madu ni. Nak kata mengidam, belum kawen lagi. Eceh. Jadi takpa. Aku anggap jelah selera aku bertukar selari dengan hormon badan. Ikut sains la ikut sains. Asyik ikut orang kampung tak kemana jugak ye tak?
So aku malas cakap banyak, mari aku kongsi resipi chicken honey honey aku ni.

Step 1;Sediakan bahan bahan
Ayam
Bawang putih kisar/tumbuk (4 ulas sukati kau)
Bijian Lada hitam (tumbuk kasar)
Sos tiram
Madu
Garam/ajinamoto (ikut suka kau)
Serbuk cili (kalau nak pedas)
Halia (Nak letak boleh tak letak pun boleh)

Ratio sos tiram dan madu yang aku letak
 Step 2 ;Perap dengan memasukkan bawang putih, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.

Gaul bawang putih. Aku tumbuk kasar je. Malas aku malas.
Aku suka lada hitam jangan tanya kenapa
Step 3; Perap lah ayam tu dalam 3 4 jam gittuh. orang kata nak sedap perap seharian. Tapi aku perap 3 jam je. Biasalah student UiTM kan suka buat benda last minit. *gelak tutup mulut

Step 4; Letak minyak alar kadar je kat pemanggang ajaib tu. Jangan banyak banyak, nanti gemok susah.

Step 5; Susun ayam elok elok cantik cantik atas pemanggang ajaib tu. Kalau rajin. Kalau tak rajin susun macam aku buat ni. Susunan Main Taram nama dia.

Susunan Main Taram/Asal Boleh
Step 6; Agak agak dah naik bau, dah warna brown brown macam ayam Kenny Rogers tu, ha angkatlah apa lagi tunggu. Mungkin masa dia dalam 25 minit macam tu. Aku tak berapa nak pasti sebab aku tak teknikal sangat sebab dulu aku belajar sekolah vokasional.


Step 7; Snap gambar dan upload ke instagram berserta hashtag #sedapnye #juadah #iftar #kauhado #DIY

Till then, babai!


Saturday, July 5

Peneman Sementara

Assalamualaikum dan salam satu ramadhon.

Sedar tak sedar dah 5 hari dah kita berpuasa. Sedar tak sedar aku dah pun selamat menghabiskan part 3. Sedar tak sedar dah setahun aku kat Shah Alam. So, sepanjang aku part 3 ni, macam macam lah kejadian nya. Tapi yang paling aku takkan lupa, pengalaman aku berkongsi kasih dengan seekor kucing yang bernama,
Creamy

Tapi aku selalu panggil nama manja dia, Kimi. Kimi kimi. Creamy berbaka Siamese + domestic shorthair ni berusia 7 bulan (currently). Seekor anak jate yang periang, baik, nakal tapi berbudi bahasa, dengar kata, suka hug hug, kuat makan, tak suka minum air, bijak pandai, setia (ah guess).

Ahad, 3 May 2014

Masih segar difikiran pada pagi tu, aku nak pergi kerja. Datang seekor anak kucing yang bagi aku sangat, comel. Dan handsome. Mata dia warna light blue, macam warna awan yang cerah. Me-meow meow kuat, kedengaran seperti kelaparan yang amat. Aku angkat dia, cuddling for a few second dan tiba tiba housemate cakap,
"Atie! apa kat bontot dia tu!"
Terkejut. Terlihat sesuatu yang berwarna pink terkeluar dari lubang dubur dia. Maybe around 3 inci. Panik, sebab sebelum ni tak pernah jumpa kes macam ni. Tapi pada logik akal aku dah terdetik yang 'benda' tu adalah buasir. So, aku google, dan yeah. Memang ada gambar gambar kucing buasir yang sama macam kucing depan mata aku sekarang ni. Aku taktau lah apa nak buat. Dah lambat pergi kerja ni, so aku just bagi dia makan.
 

Time kerja still, cari solution untuk merawat kucing buasir ni, tapi solution yang dapat, 

Gahhh


Paling paling pun ada this guy mintak refer doc. And ofc ramai yang suruh bawak pergi vet siap perli yang berbaur, "Ambil gambar sempat pergi vet tak sempat". Tapi tahukah anda bahawa ahad mostly kedai tutup? Tidak? Padanlah..



Aku sentiasa berpegang pada kata kata yang berbunyi, "Kita takkan boleh pilih kucing, kucing yang abadi adalah kucing yang 'pilih' kita sendiri." So, aku tekad, kalau aku balik kerja, kucing handsome still ada depan rumah, aku tekad untuk bela dan hantar vet. Dalam jam 630p.m. macam tu aku balik, dan yes, kucing tu masih ada depan rumah.

Cara tradisional orang kata untuk buasir ni adalah letak ais, bagi buasir atau nama saintifik nya, Rectal Prolapse tu mengecut. So aku letak, dalam a few minutes. But still buasir tu tak berubah pun. Tapi dalam tengah malam macam tu dia jadi pendek, usus tu maybe dalam 2.3inci. Tapi esoknya, dia berubah kepada saiz yang asal.

Esoknya jugak, aku, housemate (kak jia dan sara) bawak kucing ni pergi vet. Sambil sambil bertanya tentang harga etc.

7 May 2014


Lebih kurang seminggu, Creamy dibenarkan pulang bersama jahitan di dubur dia. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang menyumbang dana. Ramai sangat. Around 8 9 people. May God Bless you people. Doctor kata, jahitan tu kena pastikan bersih, and jangan bagi dia gigit gigit area situ dan makanan dia hanyalah wet food saja. 2 3 hari still okay. Masuk hari yang ke-4, Creamy still tak berak dan bila malam, tempat jahitan dia penuh semut! Kesian, Sebak. Hari ke-5 selepas pembedahan, Creamy nampak resah. Sehingga lah dia cuba untuk meneran neran. Aku risau, risau akan jahitan yang akan terbuka balik. Time tu jugak aku tebalkan muka untuk hantarkan Creamy ke klinik. (mostly review in internet kata jahitan tu akan terbuka dan usus tu akan terkeluar balik).

Sampai clinik, doctor kata jahitan dah pun terbuka. Aduh. Tapi dia pun kata "mungkin saya jahit kecil sangat". I was like, sayy whuttt docccc?

Demi mengurangkan risiko, aku benarkan Creamy untuk bermalam ni vet saja. Atleast doctor boleh check check kan, sebab aku pun ada class and takda sapa kat rumah yang boleh jaga Creamy. Dalam 4 hari Creamy di vet, doc call dan dia kata boleh ambil Creamy.

Alhamdulillah, ususnya tak terkeluar. Mungkin atas sebab Creamy masih kecil, walaupun buasir creamy time tu dianggap kritikal.

June

Creamy kini sihat dan lincah. Suka bermain, dalam masa yang sama manja, dan gentle. Sepanjang 3 bulan aku jaga Creamy, jarang ada hadiah cakaran yang diberikan. Cuma gigit gigit manja. Creamy suka main gumpalan kertas. Senang nak jaga. Hati, gembira, terubat mana yang lara. Dari basuh berak sehinggalah mandikan, semua aku yang selesaikan dengan lapang dada.

Daripada aku mandikan dia sehinggalah dia temankan aku mandi.



Creamy pandai menyahut. Kalau dia keluar berjalan, bila aku panggil dia nyahut, balik. Perkara yang paling menyenangkan bila Creamy nampak kelibat aku, dia akan terhenti, dan terus berlari ke arah aku. Saat tu kau akan rasa kau adalah manusia yang paling gembira didalam dunia.

July

Masa kian berlalu, bermacam macam drama yang terjadi kat rumah. Biasalah, tak semua suka kucing. Jadi Creamy dikeluarkan dari rumah. Kekdahnya beli lah sangkar. Masalah selesai, sehinggalah..

"Atie, Akak yang nak masuk rumah kita sem depan tak suka kucing. So pandai pandai atie lah macam mana nak buat."

Aku terdiam. Aku taknak lepaskan Creamy kat bawah rumah. Sebab bawah tu banyak samseng lain. Dan aku risau dia termakan apa apa yang tak patut, yang boleh menyebabkan buasir dia terkeluar balik etc. Aku juga risau yang dia kelaparan memandangkan aku student uitm yang banyak cuti. Paling paling risau kalau kalau ada yang berkenan dan bawa Creamy pergi.

Jadi aku tekad untuk bagi Creamy pada penjaga yang semestinya sayang makhluk yang bernama kucing ni.
Sekurangnya risau aku takdalah tinggi mana. Rindu, janganlah disebut.

5 July

8;45p.m. - Creamy dibawa pergi oleh tuan baru. Dan aku kembali bersendiri bersama kenangan yang abadi.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Nyamanlah arjuna beta

mimpikan yang indah saja

nanti bila kau buka mata

semua tak serupa."







p/s ; Bila agaknya boleh bahagia?

Tuesday, January 28

Street Fashion

Hello guys!
So now lets talk about the tittle.

Street fashion, street fashion ni style yang paling mudah, yang selalu diguna pakai,paling selamba lah kiranya. Tapi sebelum tu apakah itu street fashion? Street fashion is a  style created by youth culture — mostly young people on the streets of large urban areas.  Bermakna street fashion itu didefinasikan atau digayakan mengikut remaja/belia di sesebuah kawasan yang berasingan pengaruh daripada cuaca, atau mungkin pengaruh daripada culture sendiri/luar. Fashion street juga boleh membawa maksud gaya hidup dan cermin keperibadian individu itu sendiri.

Street wear ni senang cerita outfit yang dimana kita selesa pakai, then kita mix and match, but still kita up-to-date dengan trend semasa. Nampak seperti casual wear tapi sebenarnya street fashion ni gaya dia lebih santai, lebih selamba, lebih relax, little bit messy but still dalam keandaan yang terkawal. Tapi kebanyakkan street wear ni tak sesuai untuk pergi ke class. Depends kat outfits.


Landon
UK
Paris
India
Seoul

Japan

Jepun memang famous dengan fashion street. Serious. Fashion Street diorang memang power dan orang yang memakai pun like berani gila. Bagi aku kalau kategori Street Wear ni ada award memang bagi kat Jepun lah. Street fashion diorang creative gila. Dengan colorful dia lain, dengan style rambut dia lain, kasut, lepas tu kalau boleh mana rasa nak gantung depa gantung. Contohnya gantung kunci kat seluar. Lepas tu nak jugak mix dengan fur, colour striking match pulak dengan neon, tambah dengan colour block lagi. Well, gila.
Harajuku style 


MALAYSIA

Malaysia, Singapore, Indonesia punya street wear ni style depa nak seakan sama. Kot. Which is aku taktahu mana lagi mainstream. Mungkin Malaysia. Mungkin Indonesia. Mungkin. Sebab kita sendiri tau negara kita antara negara yang mudah terpengaruh. Paling paling kita boleh tengok last two years, 2012. Era k-pop kattako. So time tu ramai lah jugak remaja remaja yang yknow, bergaya ala ala korean star yang bagi aku bila fikir balik, apalah salahnya depa bergaya. Tapi most of us tak terima style tu sebab mentality, agama, idk. Maybe sebab mentality rakyat sendiri yang semua tak boleh. Dengan hijabster pun depa condemn sekali. Idk, idk. Sooooooo mostly youth of Malaysia dress up macam ni ;

\


\

Seluar jeans labuh sampai haus, sun glasses, tribal (2012), time tu famous dengan tengkorak, burung hantu, top bendera england, negara luar ada topi SWAG  kita pun nak kena SWAG, lepas tu ada time tu semua nak pakai sandal Crocs, jacket leather nya lain. So konklusi dia street wear kat Malaysia ni aku rasa bergantung dengan pengaruh luar/budaya barat dannnnnn pengaruh daripada trend setter oleh rakyat Malaysia sendiri seperti Wak Doyok, atau mungkin fashion selebriti tempatan seperti Najwa Latif atau mungkin Joe Flizzow, Neelofa.

Tapi apa yang boleh dibanggakan sekarang rasanya kita ni dah matang. Jauh lebih matang walaupun hakikat nya kita masih boleh jumpa anak anak gadis rambut blonde kat Bukit Bintang. Trend street wear yang in sekarang yang aku boleh nampak adalah local branding clothing/independent clothing yang aku rasa brand brand independent kat Malaysia ni boleh di ibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Antara nya ; 

Embedded image permalink
sumber dari #tempatanfest

Embedded image permalink

Embedded image permalinkEmbedded image permalink
Embedded image permalinkEmbedded image permalink

Cool lah jugak bila brand brand indie ni bersaing sesama depa. Tapi aku tak pasti bila trend ni nak habis. Kita tunggu and tengok jelah lepas ni remaja/belia Malaysia dress up macam mana. Nah.

Tips Street Wear
  1. Jangan terlebih mix and match. Be simple. 
  2. Street Fashion tak kan jadi street fashion kalau awak campur adukkan dengan elemen yang 'tak kena'.
  3. Make up tu, make up tu, simple je.
  4. Tanya kawan/boyfriend/ibu/abah/kakak/adik kalau kurang yakin dengan penampilan awak.
  5. Jangan terlebih warna atau pattern kecuali kalau awak berani macam orang Jepun.
Aku prefer style macam ni
Bye! Selamat mencoba!