Monday, November 12

Fashion Show Uitm Perak (Jun-Oct 2012)



<!- -->
Salam semua dan
untuk yang tidak beragama islam.Yea yea atie tau atie dah lama tak update blog ni.Atie sibuk menggemukkan diri dirumah,di kolej,Pizza Hut,Mcd.Senang cerita kat mana mana lah.Ok.Seperti yang tertulis tertaip di tajuk nun,entri kali ini atie nak cerita pasal fashion show diploma akhir uitm Perak.Batch atie lah woii ! Excited tak?
Excited takkkkk?


Yang kanan tu bag*goodies*. yang kiri ni pemplet.Ala takda gambar tiket.Tiket tu harga dia..Ah lupa.Rm25 kot.Takpa.Abaikan.So fashion show kita kali ni berlangsung di 

Tower Regency Hotel,Ipoh,Perak Darul Ridzuan

Tempat dia not bad lah.Cantik pun cantik.Cuma tempat parking dia sangat terhad.Bak kata pepatah,
"Siapa cepat?Dia dapat."Amboi.Time pergi ke sini sepatut nya semua designer diharuskan naik bus.Dalam 5 6 bus kot konvoi ke sana.Atie tak sempat kira.Tapi pagi tu atie naik kereta Chachemin atie.Then boleh pulak patah balik sebab atie tertinggal baju kat foryal.Semuanya salah atie.Maaf.Atie dah kata atie ni tak boleh jadi kawan yg baik dan selalu bawak ................

Tsk.Abaikan.So kitaorang sampai sana dalam jam 9-10am gitu lah.Aduh lupa dah.Masuk masuk then berkumpul.Bagi accecories ke apa ke.Buatlah apa yang patut.Atie buat apa?Atie duk bersembang lah.Apo laie.Last day kot dengan kawan.Kawan dari part 1 ni.Tengok lah telatah diorang ni.

                           

Tengoklah tu Ayu dengan Ika tengah cari makeup untuk touch up diorang.Comel kan?Hai ayu,saya sayang awak.Saya rindu kita lepak sama sama dulu.Macam part 1 tu.Mohon jangan lupa semua semua tu.Tsk.Dengar cerita laptop awak buat hal?Buat backup eh untuk video video kita semua tu.Nanti boleh buat ubat rindu.So dalam jam 12pm tu semua dah kena siap siap ni.Tukar baju semualah.Makeup model.Nak start show.Semua jantung degup kencang lain macam.Tapi atie tak rasa apa apa.Atie malu.Design atie tak cantik.Pagi tu atie ingat atie taknak pun naik pentas.Malu woi malu.Mana nak letak muka ni?
      

Nampak tak dah start kelam kabut nya?Tak nampak?Memang.Korang memang tak nampak.Hanya kami kami saja yang memahami.Ok bla bla tak payah merapu panjang panjang.Kita layan gambar.Ambil mood yang ada berada di fashion show ok?Sedia?
                       So let the show~ Begin ~

                                               
---------------------------------------------------------------------------------------------------
      














































Tempat ke tiga - Razif Nazir
Tempat ke dua - Natasha Aqira
Juara - Intan Syafinaz 
Kat atas ni pemenang untuk koleksi yang TerBest dari Hatta Dolmat Couture.Baju diorang memang gigih tahap gaban and memang layak lah dapat hadiah.Cantikkan yang baju putih tu?Perfect.Lagu yang anda tengah dengar ni pun lagu runway dia.Tahniah Fify,Tasha dan Razif.Tapi yang paling tahniah pada En Din sebenarnya.Dua orang student menang.
Wowot En Din ! Cayalah ! :')
tepuk tepuk tepuk.Lawa lawa kan?Semua koleksi ni gabungan dari part 5 dengan part 6.Kami share pentas yang sama.Hari dan masa yang sama.So banyak sangat.Kalau ada koleksi yang atie ter tak masukkan tu,atie  mintak maaf.Atie tak senjaga.Dan terleka.
Saya yang paling gemuk.Saya tau saya tau.Saya juga taknak terima realiti yg kejam ini.
Apapun,Terima kasih pada yang datang memeriahkan suasana.Nadiah(cousin :*) besama rakan rakannya Mia dan Fira yang ter gojess.Terima kasih.Ibu dan Muhsin,Walaupun pada mulanya kata tak datang.Huh.Sia sia air mata saya bertakung.Ah.Abaikan.
Gambar gambar ni semua credit pada Syazana Barni dan Fatin kecik.Hihi.
Atie dah kata atie taknak keluar masa runway.Sampai Wawa sendiri tarik keluar atie dari belakang.Tsk.Wawa ni baik orangnya.Dia classmate atie duduk belah kiri.Barang atie selalu sepah sepah kat bawah meja dia tapi dia sabar je.Atie selalu pinjam barang dia la apa la.Muka dia sabar je.Cool.
Oh yang mana koleksi atie?Korang cari lah sendiri.Atie malas atie malas.Hint?Korang spot mana paling tak cantik,hah itu lah dia koleksi atie.K?Bye.
p/s i love you,ibu.

2 comments:

Myra Abdullah said...

waahhhhhh sgt awesome!!!

respectlaaahhh =D

nadya nordin said...

hello cousin, mish you :))